Monday, March 20, 2006

tangga-tangga menuju kejayaan..


Ni bukit tonggek.. belakang kolej Teratai 4 dan Teratai 5.. dulu-dulu tiap-tiap pagi, aku and the geng akan panjat bukit tonggek ni utk pegi ke kelas.. rasanya korang pun tau mana dapat nama tonggek tu.. pasal bontot korang akan tertonggek-tonggek kalau panjat bukit ni..tinggi wacakaplu!!
Dulu-dulu, masa time belajar, aku takde kenderaan sendiri.. so kenderaan rasmi aku sama ada bas UiTM atau bas no '11' aku ni sendiri.. sepasang kaki utk mendaki bukit tonggek ni setiap pagi.. kalau nak naik bas uitm memang kena mempersiapkan diri dengan beberapa jenis ilmu.
contohnya, tangan kaki dan minta mesti kena pantas..sebab nak berebut naik bas.. lengan mesti ada muscle.. sebab nanti kalau naik yg last-last, korang ada kemungkinan bergayut kat pintu bas.

ni pulak tangga seterusnya yang mesti didaki selepas ekspidisi mendaki bukit tonggek selesai..
tapi mungkin tak nampak sangat kot, pasal angle yang aku amik tu tak berapa nampak tangga nak ke FTMSK (Fakulti Teknology Maklumat dan Sc Kuantitatif) tu.

tapi waktu belajar dulu-dulu memang best, walau sebanyak mana pun tangga yang aku kena naik setiap hari. ada kawan-kawan, ada exam, ada study group. ada term ponteng kelas. ada tiru-tiru assignment.. haha.. lepak-lepak kat dataran melati.. apa lagi.. haa.. shopping kat PKNS, Alam Sentral. haha.. ramai student yang suka lepak kat situ.. tak sebut lagi food court kat seksyen 2, tapi sekarang ni dah kena roboh dah.. dah pindah tempat depan waterworld tu.. panas sket jadinya..

aku dulu duduk kat Teratai 3

nilah kolej Teratai 3. ni pun banyak tangga yang aku kena daki setiap hari.. aku duduk kat level 5 dari semester 4 hingga 6. so, dalam setahun lebih jugaklah aku exercise naik tangga ke level 5. sebab takde lift.. ni kolej lama, bukan mcm mawar dan melati.. ada lift.

so, nilah tangga-tangga yang banyak aku panjat masa kat uitm dulu. ada lagi tangga-tangga lain dalam hidup aku sekarang.. tapi tu nanti aku post next time.

chiow.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home