Satu hari di hari Sabtu
Sabtu lepas. Kelas pertama CCNA. Di bangun pukul 6.30 pagi. Satu pencapaian peribadi yang boleh dibanggakan.. Mandi dulu. Lepas siap- breakfast depan tv sekejap.. tengok berita kat TV3 ke TV2 ntah.
7.30am. Capai beg dan berlari-lari ke stesen LRT. Amik bas dekat CM dalam pukul 8.10 am. Ingat sempat jugak lelap dalam bas. Tapi tak mengantuk lak masa tu.. seronok duduk dalam bas semasa dalam perjalanan ke Shah Alam. Rasa macam balik kampung.. seronok. :)
Shah Alam pun dah banyak berubah. SACC dan anggerik mall dah buka dekat section 14, TESCO dah bukak dekat section 13 tu. UiTM dah ada Medic School. Ani Sup Utara dah bukak beberapa cawangan lagi di Seksyen 2 dan 8. ho keng!! padahal baru beberapa bulan Di pindah dari sana-cepatnya membangun depa depa kat Shah Alam ni.
Sampai UiTM pukul 9.30 am. Lab Cisco kunci lagi.. aduih.. tunggu kat luar dalam setengah jam baru ada orang bukakkan.
Duduk dalam. Bimbang jugak.. sebab sorang sorang je datang amik kelas ni..
Lepas beberapa orang masuk tu. Ada sorang minah dengan mamat ni masuk.. minah ni duduk sebelah Di. Nat nama dia.. yeaahhh!! dah ada teman.. nasib baik ada Nat. :)
So, kelas hari ni banyak amik masa baiki registration dan jawab self assessment skill . Lepas tu puan Ruhani mulakan lecturer bab satu dan lepas tu mula jawab test bab 1.
Di's doing great.
Assessment skill = 97.88% salah satu.
Module test (chap 1) = 100% error free!! walla weyy!!
tapi mungkin baru bab satu.. seme soalan senang lagi.. apa pun satu pembakar semangat. Hahaha..
Lepas kelas.. pegi lunch dengan Nat, Epol dan Wan.. Salah sorang belanja minum air kelapa.. time kasih bebanyak!!
Lepas tu gi melepas rindu kat PKNS. Beli game satu, pegi tengok SACC dan pegi Alam Sentral. Hieehaa!!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home